Sunday, December 5, 2010

Senarai Pendikir Yang Telah Meninggal Dunia

Arifin Ana

Seman Wau Bulan
Cikgu Naim

Pok Nik Man Cok Cangkul dan Ismail Gunung Ganang

 
Nama Tarikh
Pok Leh Tapei 03 Mac 2006
Jusoh Kelong 09 Oktober 2006
Arifin Ana November 2003
Salleh Jambu 1996
Seman Wau Bulan 29 Mei 2005
Mat Yeh  1995
Deraman Anak Keli 18 Ogos 2004
Latif Jani(Thailand) 16 Disember 2006
Kumat(Pok Ku Mat) 1983
Cg Naim 05 April 2007
Pok Nik Man Cok Cangkul Febuari 2006
Husin Gelang Mas
Jemi Bukit Marak
Arif Arifin Ana
Ismail Gunung Ganang
Ismail Baju jarang
Wak Sir 17 September 2004
Pok ya Pantai Dalam
Jusoh Bano(Tok Guru Pok Su Agil) 10 Oktober 2007





























































Friday, November 26, 2010

Sejarah Dikir Barat

Menurut Daud Buki Abal permainan Dikir Barat ini mula diperkenalkan oleh Pak Leh Tapei atau nama sebenar Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad di negeri Kelantan pada tahun 1943. 

Hj Mat Salleh - Pak Leh Tapei

Saturday, November 13, 2010

Tok Joro Daud Bukit Abal

Salah Satu Kulit Album Kaset DBA
BIODATA
Nama : Mat Daud bin Che Mat
No Kad Pengenalan : 401223-03-5233
Tarikh Lahir : 23 Disember 1940
Nama Gelaran : Daud Bukit Abal
Asal : Kampung Banggol Jenereh,16800 Pasir Puteh Kelantan
Umur : 70 tahun (Disember 2010)
Bil Adik Beradik : 3 (anak ke 2)
Isteri : Zarinah bt Noor
Bil Anak : 9 Org (7 lelaki, 2 perempuan)
Abd Aziz, Adnan, Aryadi(dgn isteri pertama sblm berkahwin dengan Zanirah bt Noor)
Arman, Arjuna, Amran, Anira, Aspalila, Ahmad(hasil drp perkahwinan ke-2 dgn Zarinah bt Noor)

PENDIDIKAN
Berpendidikan di Sekolah Pondok Bukit Abal
Di antara guru agama beliau ialah :
Tok Guru  Hj Daud Bukit Abal
Tok Guru Hj Abd Mutalib Bukit Abal 
Tok Guru Hj Mat - Selinsing
Tok Guru Hj Zakaria - Selinsing

SEJARAH PENGLIBATAN DALAM SENI DIKIR BARAT
Mula menjinakkan diri dalam bidang seni dikir barat pada pada tahun 1960 di usia 20 tahun. Beliau mula mencipta nama dan dikenali  ramai di negeri Kelantan sebagai seorang Tok Joro pada tahun 1962.

Berkecimpung dalam arena Dikir lebih daripada 40 tahun.
Beliau begitu tersohor sekitar tahun 60-80an..
Beliau merupakan pendikir seangkatan dengan gemuloh Jusoh Kelong, Gemuloh Arifin Ana  dan Gemuloh Salleh Jambu. 

GELARAN " BUKIT ABAL"
Bukit Abal adalah nama sebuah kampung di dalam daerah Pasir Puteh. Terdapat satu kumpulan dikir di kampung tersebut yang begitu aktif pada ketika itu. Mat Daud yang begitu berminat dengan seni dikir telah menyertai kumpulan tersebut. Bermula sbg awok2 dan kemudianya diangkat menjadi Tok Joro. Bermula dari situlah beliau mula mengukir nama dalam dunia seni dikir barat sbg Tok Joro... Sbb itu lah beliau diberi gelaran Daud Bukit Abal dan nama gelaran itu lekat sehingga ke hari ini..


PENCAPAIAN DAN ANUGERAH 
Daud Bukit Abal telah dua kali Johan pertandingan dikir barat di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1973 pertama kali pertandingan Dendang Rakyat peringkat kebangsaan diadakan, beliau bersama Allahyarham Awang Ikan Duyung telah menyertai pertandingan tersebut dan telah mendapat Naib Johan. Dua tahun berturut-turut mendapat Naib Johan 1973,1974 dan pada tahun 1975 barulah beliau mendapat Johan dalam pertandingan akhir melawan kumpulan dikir Allahyarham Salleh Jambu bersama Tukang Karutnya Allahyarham Seman Wau Bulan di dewan Sri Penang, Pulau Pinang bersama kumpulan dikirnya Sri Merkang, Merkang, Pasir Puteh.

Pernah mendapat anugerah Tokoh Seni Negeri Kelantan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Istana Negeri Kelantan dan beberapa kelab Dikir Barat di Negeri Kelantan.

Telah mengeluarkan byk album solo. Antara lagu-lagu yang telah mengangkat nama beliau ialah Anida, Gembira, Rumi dan Juli, Azura, Bujang Saloh Belaki Pon Saloh, Demo Jando Kawe Tak Dok Bini 
dan byk lagi.

Beliau mempunyai anak murid di seluruh tanah air termasuk di Pattani Thai dan Singapura.
Di antara anak-anak murid beliau ialah Malik Jelapang, Nordin Adik Manja, Rasyid Anak Ular, Zaidi Internet, Halim Yazid, Pok Ku Kamal, Badul, Gemuloh Jemi Bukit Marok, Gemuloh Ismail Gunung Ganang dan ramai lagi.. 

Beliau juga seorang pendikir yang serba boleh.. beliau bukan setakat boleh menyanyikan lagu-lagu sbg Tok Joro malah beliau juga boleh mengarut(Tukang Karut), mencipta lagu dan pantun.
Abg Daud sangat mementingkan ketepatan pantun dalam setiap lagu-lagu beliau..

MAAF, MASIH DALAM PROSES